Harley Davidson, pembuat motosikal terkenal, memperkenalkan model e-basikal atau basikal elektrik edisi terhad terbaharunya, Bash/Mtn.
Syarikat itu menggambarkan Bash/Mtn sebagai basikal gunung (mountain bike), kerana menampilkan bingkai dan fork aluminium sepenuhnya, tanpa suspension depan atau belakang.
Satu-satunya penyerap kejutan yang hadir dengan basikal ini ialah tempat duduk SR Suntour NCX, yang menawarkan perjalanan sehingga 50mm.
Bukan itu sahaja, Bash/Mtn direka dengan bateri 529Wh boleh ditanggal yang dikatakan akan memberi jarak antara 48 hingga 152km, bergantung pada rupa bumi dan mod pemanduan yang digunakan.
Pengecasan penuh bateri pula mengambil masa kurang dari lima jam.
Dilaporkan Bash/Mtn dijual pada harga US$3,999 (~RM17,567) dan Harley Davidson merancang untuk melancarkan sebanyak 1,050 unit sahaja.
Walau bagaimanapun, ia hanya tersedia buat pasaran Amerika Syarikat sahaja.
Sumber: The Verge
Gambar utama: The Verge
Baca juga: