Beberapa hari lepas, Apple secara rasmi telah menghentikan pengeluaran iPod Touch dan hanya stok yang masih ada di kedai fizikal serta laman web Apple Store sahaja yang masih boleh didapatkan.
Ekoran itu, pengumpul dan peminat Apple mula ‘menyerbu’ kedai dalam talian Apple untuk membeli generasi terakhir iPod Touch.
Berdasarkan tinjauan kami, iPod Touch varian paling rendah yang berharga RM899 telah habis dijual di laman web Apple Store Malaysia.
Manakala dalam pasaran Amerika Syarikat pula, kesemua unit iPod Touch dari varian rendah hingga varian paling tinggi habis dijual.
Walaupun dalam masa beberapa tahun peranti iPod Touch mungkin tidak lagi boleh digunakan, namun disebabkan ia sudah tiada dalam pasaran, keantikan iPod Touch menjadi sangat bernilai.
Sumber: Apple Store Malaysia
Baca juga: