Google telah melancarkan ciri baharu untuk gudang pemalam (extension) pelayar tersebut, Chrome Store. Ia adalah penyertaan lencana pada halaman pemalam.
Dua lencana tersebut ialah ‘Yang Ditampilkan‘ (Featured) dan Pembangun (established publisher) yang tertera pada extension terpilih di Chrome Store.
Lencana berlabel ‘Yang Ditampilkan‘ atau Featured diberikan pada pemalam yang mematuhi panduan Chrome, menggunakan API terkini dan menghormati privasi pengguna.
Selain itu, pembangun juga perlu memasukkan butiran terperinci serta gambar berkualiti untuk memperoleh lencana ini.
Sebuah lagi lencana dengan tanda berserta nama pembangun (established publisher) pula akan dipaparkan jika pembangun telah mengesahkan identiti mereka dan mempunyai rekod baik serta mematuhi Polisi Pembangun Program.
Baca juga: