Florida – Sebuah roket SpaceX menggegarkan tapak ujian selepas meletup di kawasan pelepasan hari ini di Cape Canaveral, Florida.
Letupan menyebabkan asap tebal menyelubungi kawasan itu.
SpaceX Falcon 9 dijadualkan berlepas dari tapak itu pada Sabtu, 3 September ini.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak SpaceX mengenai kejadian.