Kita hidup pada zaman kemodenan teknologi di mana ia membuatkan seseorang itu menjadi lalai dan ambil mudah akan berita yang diterima.
Perkara ini sangat bahaya jika berita tersebut adalah tidak dan sekiranya ia tersebar, orang awam akan menjadi panik. Saya bukan hendak merendahkan mana-mana individu tetapi tidak sekadar memperingatkan anda bahawa bertapa penting untuk mengesahkan sesuatu berita sebelum menyebarkan ia.
Ini bukan perkara yang baharu kerana salah satu kesan buruk apabila ada terlalu banyak maklumat ialah keinginan untukĀ Apabila kita senang untuk mendapatkan maklumat, banyak kesan yang buruk datang sekali dengan perkara ini.
Salah satunya adalah keinginan untuk menjadi yang pertama dan bukan untuk menjadi yang sahih. Oleh itu, seseorang itu menjadi semakin ghairah dan rancak dalam berkongsi berita yang diterima tanpa memastikan kesahihannya.
Tambahan lagi, penyebaran berita yang tak sahih boleh menjatuhkan maruah seseorang dan berlakunya salah faham yang tidak diingini.
Kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Penerangan Malaysia telah pun menyediakan portal untuk anda menyemak kesahihan suatu berita itu. Portal ini merupakan satu pusat sehenti untuk rakyat mengesahkan kebenaran suatu berita jika berita tersebut meragukan.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan salah faham, anda terlebih dahulu perlu menyemak sumber berita yang dikongsi terutama di aplikasi WhatsApp. Pastikan sumber tersebut adalah daripada pihak berautoriti dan akhbar utama tempatan.
Selain itu, anda seharusnya berfikir masak-masak serta menilai berita yang diterima itu sebelum dikongsikan kepada orang lain. Sekiranya ia tidak sahih dan tidak bermanfaat, batalkan sahaja hasrat untuk berkongsikannya.
Justeru, jika anda terjumpa apa-apa jenis berita yang meragukan, tidak pasti akan kesahihannya dan datang dari sumber yang tidak diketahui, anda boleh menyemak di laman sesawang sebenarnya.my.
Jika tidak pasti, jangan kongsi.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, sebenarnya.my
Baca juga:
- 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
- Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
- Pemberian Tablet Percuma, Pendaftaran Dibuka Pada 15 April Ini