Pelayar lama Internet Explorer telah ditamatkan servisnya oleh Windows 11 dek kerana tahap keselamatan dan fungsinya yang telah lapuk dan boleh mengundang bahaya kepada penggunanya. Namun begitu masih lagi terdapat sistem lama yang memerlukan penggunaan pelayar tersebut untuk mengaksesnya dengan sempurna.
Kepada anda yang memerlukan khidmat pelayar internet explorer, berikut kami kongsikan cara untuk menambahkan mod tersebut pada pelayar Edge.
Pertama sekali masuk ke menu Settings.
Kemudian pilih menu Default Browser.
Pada paparan berikut, tukar tetapan kepada “Allow” dan klik pada tombol Restart untuk memulakan kembali pelayar Edge.
Untuk menggunakan mod internet explorer, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik kanan pada Tab laman sesawang yang anda buka dan pilih menu berikut.
Maka dengan itu, laman sesawang tersebut akan diaktifkan berserta fungsi yang terdapat pada pelayar Internet explorer.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.