Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengumumkan perancangan Melaka untuk membina terowong dasar laut yang menghubungkan sistem landasan yang antara Melaka dan Dumai, Indonesia.
Pun begitu, projek ini tertakluk pada persetujuan kerajaan Indonesia dan firma tempatan mampu menampung 50% daripada kos projek. Ia dijangka siap dalam masa 5 tahun jika semuanya berjalan.
Beliau berkata bagaimanapun, projek itu memerlukan persetujuan dan kelulusan kerajaan Indonesia sebelum pembinaannya dijalankan. Setakat ini, sebuah firma telah menyatakan minat untuk membangunkannya.
Ketua Menteri Melaka yang kini di Dubai untuk Melaka Week di Expo 2020 berkata terowong tersebut akan menghubungkan dua negara melalui Selat Melaka dan jarak terdekat antara dua lokasi tersebut ialah 47km.
Sumber: Astro Awani
Baca juga: