Steam Deck telah mengumumkan secara rasmi bahawa konsol mudah alih tersebut menyokong sistem operasi Windows dan mempunyai keupayaan dual-boot. Steam Deck telah mengeluarkan pemacu Windows untuk Steam Deck jika anda ingin menjalankan OS tersebut. Pemacu GPU, Wi-Fi dan Bluetooth juga telah dikemaskini oleh syarikat Valve.
Bagaimanapun, hanya Windows 10 sahaja yang menyokong dalam penggunaan konsol Steam Deck. Bagi Windows 11 pula, ia memerlukan BIOS baharu yang masih sedang diteliti oleh syarikat untuk digunakan.
Selain itu, pengguna boleh menggunakan audio Bluetooth atau USB-C dengan Windows pada Steam Deck sementara mereka meneliti pemacu audio yang bersesuaian dengan kerjasama AMD dan pihak lain.
Syarikat Valve memberi langkah untuk mengembalikan Deck kepada Linux-based SteamOS jika anda tersekat ketika menggunakan Windows pada peranti. Mereka juga telah mengingatkan pengguna bahawa hanya pemacu yang sedia ada yang ditawarkan. Di samping itu, mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak menawarkan sokongan ‘Windows on Deck’.
Pada pertengahan tahun lalu, Valve telah memperkenal Steam Deck yang sepatutnya mula dijual pada bulan Disember 2021. Tetapi kerana masalah kekurangan cip dan rantaian bekalan, pelancaran rasmi konsol tersebut terpaksa ditunda sehingga 25 Februari 2022.
Sumber : Steam
Baca juga :