Syarikat peneraju bateri boleh silih (swap) dari Taiwan, Gogoro Inc. telah mengumumkan kehadiran prototaip bateri solid state boleh silih untuk kenderaan elektrik (EV) yang pertama di dunia.
Bateri boleh silih itu dibangunkan Gogoro dengan kerjasama ProLogium Technology yang merupakan sebuah syarikat peneraju global dalam pembangunan bateri lithium seramik solid state.
Gogoro menyatakan, bateri lithium seramik solid state merupakan generasi bateri terbaru masa hadapan yang bakal digunakan dalam industri. Sekaligus menggantikan jenis bateri lithium-ion yang banyak digunakan ketika ini.
Gogoro menganggarkan, bateri lithium seramik solid state akan meningkatkan kapasiti bateri sehingga 140% atau lebih, dari hanya 1.7 kWh kepada 2.5 kWh berbanding kapasiti bateri lithium-ion.
Gogoro bukan sahaja membangunkan bateri, tetapi juga merupakan pengeluar skuter elektrik sejak 2011 lagi.
Mereka mengeluarkan pelbagai model skuter elektrik serta bekerjasama dengan pelbagai syarikat permotoran antarabangsa seperti YAMAHA, Yadea dan Haojue bagi menawarkan platfom pengecasan bateri khusus untuk skuter elektrik.
Sumber: Gogoro
Baca juga: