Tahun ini merupakan tahun harimau bagi perayaan Tahun Baru Cina. Bersempena dengannya, McDonald’s Malaysia menawarkan baucar menarik seperti aiskrim Sundae, Iced Latte dan lain-lain.
Syaratnya mudah, anda perlu pergi ke McD yang berhampiran dan membuat pembelian menerusi pandu lalu (Drive-Thru). Tapi, pastikan 2 digit nombor plat kereta anda berakhir dengan tahun harimau – 2022, 2010, 1998, 1986, 1974, 1962, 1950 dan 1938.
Maknanya, jika 2 digit nombor plat kereta anda berakhir dengan 22, 10, 98, 86, 74, 62, 50 dan 38, anda layak menerima baucar tersebut.
Promosi ini akan berlangsung bermula 29 Januari hingga 2 Februari 2022.
Sumber: McDonald’s
Baca juga:
-
Ada Perabot Nak Dibuang? iClean Selangor Kutip Sampah Besar Percuma
-
Belum Rasmi Lagi, Tapi Samsung Dah Tawar Diskaun RM200 Untuk Galaxy S22
-
Asus Vivobook 13 Slate OLED – Papan Kekunci Boleh Tanggal, Skrin Boleh Conteng