Pelakon Perancis, Gaspard Ulliel, 37 dilaporkan maut selepas terlibat dalam insiden ketika bermain ski di pergunungan Alps, Perancis hari ini.
Beliau dilaporkan telah bertembung dengan seorang lagi pemain ski lain yang menyebabkan kecederaan parah hingga membawa maut.
Gaspard Ulliel merupakan salah seorang pelakon dalam siri terbaru Marvel berjudul “Moon Knight” yang bakal ditayangkan di Disney Plus pada 30 Mac tahun ini.
Trailer siri terbaru Marvel itu baru sahaja dilepaskan pada 18 Januari 2022 lepas.
Selain berlakon dalam siri terbaru Marvel itu, Gaspard Ulliel juga pernah melakonkan watak versi muda Hannibal Lecter dalam filem Hannibal Rising dalam tahun 2007 dahulu.
Beliau juga pernah membawakan watak pereka fesyen terkenal Yves Saint Laurent dalam biopik Saint Laurent pada 2014 dahulu.