Kepada anda yang ingin membina Table yang unik dan pantas pada Word, berikut kami kongsikan caranya.
Pertama sekali masuk ke menu Insert > Table > Draw Table.
Seterusnya bina petak Table yang nada inginkan menggunakan tetikus.
Fungsi tersebut membolehkan anda membina pelbagai saiz petak dengan mudah dan pantas.
Anda juga boleh membina Nested tables atau dengan kata lain, “petak dalam petak”
Untuk memadam garis ataupun petak, anda boleh memilih menu Eraser berikut.
Gerakkan ikon pemadam untuk menghapuskan bahagian Table yang tidak diinginkan.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.