Data yang disimpan pada pelayar dalaman apabila kita membuka pautan laman sesawang sedikit sebanyak akan membebankan memori peranti, terutamanya kepada peranti model lama.
Berikut kami kongsikan cara untuk memadam data “cache” pada Browser aplikasi Facebook.
Pertama sekali buka aplikasi Facebook.
Kemudian masuk ke menu tiga garis berikut.
Seterusnya pilih menu Setting & Privacy.
Pilih menu Settings.
Skrol kebawah dan pilih menu Browser.
Akhir sekali Tap pada tombol Clear berikut.
Selesai, maka dengan itu semua data berkaitan Browser akan dipadam pada ruang simpanan Facebook. Anda tidak perlu risau, kerana ianya tidak akan menggangu data simpanan yang lain pada Facebook seperti gambar, hantaran status dan sebagainya.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.