MSI telah mengumumkan 3 komputer riba baharu mereka iaitu Delta 15, Alpha 15 dan Bravo 15. Komputer riba ini dikuasakan dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 H-Series dan kad grafik AMD Radeon RX 6000 Series.
Selain itu, ia akan hadir dengan paparan premium yang mampu memberi sehingga 240Hz kadar segar semula serta AMD Radeon Anti-lag. Bukan itu sahaja, imej yang dihasilkan juga lebih berkualiti dan tempoh input pada skrin juga dikurangkan.
Sistem penyejukan MSI Cooler Boost 5 merendahkan suhu komputer riba ini agar dapat menjamin pengalaman ketika bermain permainan video.
Bravo 15Jika anda membeli mana-mana daripada 3 produk ini sebelum 31 Disember 2021, anda berpeluang untuk menang permainan percuma seperti Resident Evil Village dan Far Cry 6.
Anda boleh beli komputer riba ini bermula:
- Bravo 15- RM3949
- Alpha 15- RM5299
- Delta 15- RM7499
Untuk beli, anda boleh layari laman web rasmi MSI.
Sumber: Siaran Akhbar MSI
Baca juga: