Setelah ‘abang-abangnya’ secara rasmi telah dilancarkan bulan lalu, kini ura-ura berkenaan si ‘adik’ pula mula berkeliaran. Melalui kerjasama antara 91mobiles dan OnLeaks, kedua-dua laman popular tersebut telah berjaya menghasilkan imej janaan komputer untuk model Pixel 6A.
Dari segi luaran, ia tampak sama sahaja seperti Pixel 6 dan 6 Pro dengan jalur kamera di belakang menempatkan dua kamera dan rekaan takuk ‘punch-hole’ di bahagian depan.
Dengan skrin OLED bersaiz 6.2 inci, ia juga mempunyai pengimbas cap jadi di bawah skrin. Diramal datang denag dimensi sekitar 152.2mm x 71.8mm x 8.7mm, sedikit mengecewakan ia datang tanpa bicu audio, tidak seperti siri pertengahan Pixel sebelum ini.
Pixel 6A juga mungkin ada dilengkapi RAM sebesar 6GB atau 8GB dan storan sehingga 128GB.
Sumber: 91Mobiles
Baca juga: