Gigabyte mengumumkan barisan penyejuk (AIO) AORUS Waterforce dan AORUS Waterforce X yang disertakan ‘bracket’ untuk soket LGA1700 bagi menyokong generasi ke-12 cip dari Intel.
Dengan pelancaran Intel Z690 dan cip generasi ke-12 mereka, banyak penyejuk cecair yang dikeluarkan selama ini tidak dapat menyokongnya kerana perubahan soket. Diameter tuba juga diperbesar dari 5.1mm ke 7.8 yang meningkatkan pengaliran air sebanyak 37%.
Siri penyejuk cecair AIO AORUS WATERFORCE dan AORUS WATERFORCE X menyokong 3 saiz radiator 240mm, 280mm dan 360mm dan kesemuanya menyokong soket baru LGA 1700.
Berikut ialah senarai harga:
- Aorus Waterforce X 360 – RM 1,139
- Aorus Waterforce X 280 – RM 1,039
- Aorus Waterforce X 240 – RM 859
Sumber: Siaran Akhbar GIGABYTE
Baca juga: