Baru dilancarkan beberapa hari yang lalu, Vivo X9s hadir bergaya dengan dwi kamera selfie beserta flash.
Turut sama diperkenalkan versi X9s Plus dan kedua-dua telefon pintar ini mempertaruhkan sistem dwi kamera hadapan yang merupakan gabungan sensor 20 MP dan 5 MP.
Apabila menangkap gambar, kamera 20 Mp akan menangkap imej dibantu kamera 5 MP yang akan menambah ‘depth’ untuk menghasilkan imej mod potret mirip kamera DLSR.
Dibawah adalah contoh gambar yang selfie yang diambil menggunakan model X9s.
Spesifikasi ringkas
Vivo X9s
- Skrin paparan 5.5 inci AMOLED HD penuh
- Snapdragon 652
- RAM 4GB
- Storan dalaman 64GB (tiada slot mikroSD)
- Kamera utama bahagian belakang 16 MP
- Dwi Kamera selfie 20MP dan 5 MP
- Bateri berkapasiti 3320mAh
- Android Nougat 7.1.1
Vivo X9s Plus
- Skrin paparan 5.85 inci AMOLED HD PENUH
- Snapdragon 653
- RAM 4GB
- Storan dalaman 64GB (tiada slot mikroSD)
- Kamera utama bahagian belakang 16 MP
- Dwi Kamera selfie 20MP dan 5 MP
- Bateri berkapasiti 4015 mAh
- Android Nougat 7.1.1
Sumber: GizmoChina