Tahun ini dikatakan tahun terkahir bagi iPhone mini dilancarkan memandangkan faktor jualan tidak berapa baik buat versi kecil tersebut. Terbaru, timbul pula khabar angin iPhone SE baharu akan diperkenalkan menjelang tahun2022.
MenurutĀ Nikkei Asia, Apple dijangka akan melancarkan iPhone SE dengan cip A15 pada tahun hadapan. Dikhabarkan juga ia akan kekal menggunakan paparan 4.7 inci LCD. Namun, belum pasti sama ada ‘Home Button’ turut ada atau tidak.
Pun begitu, adakah masih ada yang berminat dengan iPhone SE? Jika melihat iPhone SE 2020, ia merupakan peranti iPhone yang berbaloi untuk anda beli. Sementara itu, Apple juga dilaporkan untuk tidak lagi menawarkan telefon 4G bermula tahun hadapan.
Sumber: Nikkei Asia
Baca juga artikel berkaitan: