Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan telah berlakunya gangguan ke atas perkhidmatan telekomunikasi di Long Semadoh, Sarawak.
Punca kepada masalahh itu adalah disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku pada satelit MEASAT-3.
SKMM menyatakan, usaha membaikpulih menara-menara yang terkesan oleh gangguan pada satelit MEASAT-3 sedang giat dijalankan di lebih 40 kawasan lain di Sarawak yang turut terjejas berikutan masalah teknikal pada satelit tersebut.
Kerja-kerja baik pulih dijangka siap sepenuhnya pada minggu pertama Ogos 2021 nanti.
Sumber: SKMM
Baca juga: Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro
MEASAT-3 Perlukan Lebih Masa Untuk Distabilkan Semula Isyaratnya
Gangguan Perkhidmatan Celcom Di Beberapa Lokasi Di 6 Negeri Berlanjutan Sehingga 4 Julai