Kemas Kini 5/7/2021 6:30pm – Pihak Maybank menyatakan masalah ini telah diselesaikan.
Bagi pengguna Maybank, pasti segelintir dari anda tidak dapat membuat transaksi mahupun untuk meyemak baki akaun melalui aplikasi.
Menurut pihak Maybank, mereka kini sedang mengalami sedikit gangguan. Ini termasuk aplikasi Maybank2u, MAE by Maybank2u dan laman web Maybank2u.
Hi, salam sejahtera. Kesulitan amat dikesali. Harap maklum bahawa terdapat gangguan bagi penggunaan aplikasi Maybank2u, MAE by Maybank2u dan laman web Maybank2U buat masa ini. Kami sedang cuba untuk mengembalikan sistem beroperasi seperti biasa secepat yang mungkin. [1]
— Maybank (@MyMaybank) July 5, 2021
Malah, terdapat juga segelintir pengguna yang mengatakan tidak dapat menggunakan kad kredit/debit. Oleh itu, pihak Maybank kini sedang cuba mengembalikan masalah ini secepat mungkin.
Kepada anda yang terjejas, diharapkan untuk bersabar seketika.
Been trying to access my Maybank2u acc but either access is denied or this pops up. Anyone else facing the same issue? Cannot log in thru desktop either. Care to explain @MyMaybank ? pic.twitter.com/M2i7hKuDWX
— what's in a name? (@eyzaradzi) July 5, 2021