Pelan Jalinan Digital Negara atau dikenali sebagai JENDELA merupakan usaha kerajaan untuk memantapkan kesalinghubungan di seluruh negara.
Berkenaan status semasa perkembangan dan kemajuan pelaksanaan pelan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa pelaksanaan JENDELA yang bermula sejak September 2020 adalah seperti yang dirancang.
Dalam laporan Suku Tahun JENDELA yang pertama, setakat 31 Disember 2020 menyatakan sejumlah 456,757 premis telah dilIputi dengan jalur lebar tetap berbanding dengan sasaran awal iaitu 352,101 premis.
Selain itu, sebanyak 876 tapak baharu telah didirikan berbanding dengan sasaran sebanyak 940.
Manakala sebanyak 16,367 menara sedia ada telah dinaik taraf berbanding dengan sasaran awal iaitu 16,214.
Bagi Laporan Suku Tahun JENDELA yang kedua iaitu setakat 31 Mac 2021 pula melaporkan, sejumlah 292,826 premis telah diliputi dengan jalur lebar tetap berbanding dengan sasaran awal iaitu 221,539 premis.
Selain itu, 29 tapak baharu telah didirikan setakat ini berbanding sasaran awal sebanyak 25 tapak manakala 3,278 menara sedia ada telah dinaik taraf jika dibandingkan dengan sasaran 3,223 menara.
Liputan 4G juga telah ditingkatkan kepada paras 93.51% berbanding 92.03% pada suku sebelumnya. Secara keseluruhannya, 5.7 juta premis telah diliputi dengan gentian optik setakat 31 Mac 2021.
Sumber: SKMM
Baca juga: Kapasiti Sistem Kabel Rakyat Malaysia Akan Dinaik Taraf Kepada 12.8Tbps
419 Menara Baharu Akan Dibina, 1,972 Pemancar Sedia Ada Dinaik Taraf Kepada 4G Di Sabah