Platform penstriman permainan video Twitch, terkenal dengan jumlah pencipta kreatif, penstrimer, serta penonton yang ramai menjadikan ia platform kegemaran ramai.
Terkini, Twitch dilaporkan akan memperkenalkan harga langganan tempatan mengikut kos hidup negara tertentu. Ini menimbulkan kemungkinan yang harga langganan akan berubah dan menjadi lebih murah.
We’re rolling out one of the biggest changes in Twitch history, which will help creators build larger, more global communities: Local Subs Pricing.
The price of a sub in most countries will be lowered, starting with Mexico and Turkey.
Learn more: https://t.co/LzKQxynb5B pic.twitter.com/zNBeRC4WyO
— Twitch (@Twitch) May 17, 2021
Berita baiknya, Malaysia tersenarai dalam senarai negara yang terlibat dengan tawaran harga langganan tersebut.
Baca juga – Twitch Kini Sekat Penggunaan Beberapa Perkataan Termasuk Simp
Namun, tawaran ini akan mula di negara Mexico dan Turki terlebih dahulu pada 20 Mei ini sebelum diikuti negara Asia dan lain-lain pada suku ketiga 2021.
Kata Twitch, walaupun harga mungkin diturunkan di beberapa negara, peningkatan bilangan pelanggan akan memberi pendapatan jangka panjang yang lebih baik.
Secara asasnya, Twitch membuat pertaruhan pada bilangan pelanggan yang ingin menyertai dan menyokong penstrimer kegemaran mereka.
Baca juga – Facebook Lancarkan Aplikasi fb.gg, Pesaing Kepada Twitch
Seperti yang kita tahu, ramai penonton dan penstrimer di Malaysia lebih dikenali di Facebook Gaming dan YouTube. Adakah mereka akan beralih ke platform Twitch selepas tawaran langganan tempatan ini di perkenal nanti?