Kebiasaannya, peranti-peranti telefon pintar dan komputer yang biasa kita dengar akan tersedia dipasang dengan perisian tambahan yang tidak diingini atau lebih dikenali sebagai ‘bloatware‘.
Tetapi aksesori gajet juga didapati turut tersedia dipasang dengan bloatware di dalamnya.
Sepertimana yang dilaporkan oleh laman The Verge, mereka mendapati aksesori gajet fon telinga dari jenama mobee-K telah tersedia dengan bloatware di dalamnya.
Fon telinga yang menggunakan sambungan USB-C ini akan secara automatik memasang perisian muzik Deezer di dalam telefon pintar penggunanya.
Walaubagaimanapun, perisian itu tidak akan dipasang dalam semua telefon pintar yang disambungkan dengannya. Sebaliknya hanya model telefon pintar tertentu dari Samsung sahaja yang akan dipasang perisian tersebut apabila disambungkan dengan fon telinga tersebut.
Ia merupakan usaha sama antara Deezer dengan Mobee-K sebagai salah satu cara pemasaran mereka bagi bersaing dengan aplikasi penstriman muzik popular lain seperti Spotify, Tidal dan Apple Music.
Fon telinga Mobee-K ini boleh dibeli daru laman stor Amzon.com yang dijual pada harga USD22.70.
Sumber: The Verge