Sempena promosi jualan Shopee yang akan berlangsung pada 4 April nanti, vivo kembali menawarkan pelbagai promosi. Antaranya termasuk potongan harga sehingga RM700 bagi produk terpilih serta pembelian peranti vivo serendah RM359.
Antara yang ditawarkan dengan potongan harga pada 4 April 2021 termasuk:
- Y1s (2GB+32GB) – ̶R̶M̶4̶5̶9̶ RM359
- V19 (8GB+128GB) – ̶R̶M̶1̶,̶6̶9̶9̶ RM999
- Y20s (8GB+128GB) – ̶R̶M̶8̶9̶9̶ RM799
Bagi pembelian RM499 dan ke atas, vivo turut menawarkan Bagule Power Bank bernilai RM59 secara percuma, terhad kepada 500 pembelian terawal. Antara lain-lain promosi yang disediakan termasuk pulangan tunai 10%, baucar diskaun sehingga RM70 dan sebagainya.
Untuk lebih lanjut mengenai promosi vivo sempena jualan 4.4, layari kedai rasmi vivo di Shopee.
Sumber: Siaran Akhbar vivo