Adakah anda berasakan komputer peribadi mengalami prestasi yang tidak memberangsangkan atau tidak berapa laju?
Mungkin juga anda tidak mahu mengeluarkan wang untuk menaik taraf perkakas seperti bertukar dari HDD kepada SSD.
Oleh itu, ini adalah cara yang mudah dan jimat bagi mengembalikan prestasi dan memberikan pengalaman lebih baik pada komputer anda.
Pertama sekali, tekan Windows+R pada papan kekunci anda. Kemudian masukkan “Temp“ dan klik OK.
Seterusnya, anda perlu pilih semua dengan tekan CTRL+A dan tekan Shift+Delete serta klik Yes.
Kedua, lakukan perkara yang sama dengan tekan Windows+R. Selepas itu, masukkan “%Temp%” pula.
Ulangi seperti langkah pertama dengan CTRL+A, kemudian tekan Shift+Delete dan klik Yes.
Anda tidak perlu risau jika membuang semua fail tersebut kerana ia hanyalah fail sementara (temporary files).
Selain daripada memberikan prestasi lebih baik, cara ini juga dapat mengembalikan sedikit ruang storan yang telah diambil fail tersebut.
Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Semoga bermanfaat.