Bagi anda yang mempunyai komputer riba, mungkin kurang biasa untuk menggunakan touchpad disebabkan kurang praktikal berbanding tetikus.
Namun, tahukah anda sebenarnya touchpad untuk Windows 10 juga sama hebatnya dengan trackpad di Apple Macbook terutama dari segi penggunaan gestures.
Oleh itu, kami di sini akan memberikan cara bagaimana menggunakan gestures ini dalam memudahkan kerja harian anda.
Terlebih dahulu, anda harus memastikan sama ada komputer riba anda menyokong atau tidak precision touchpads. Untuk mengetahuinya, pergi ke settings>devices>mouse & touchpad.
Setelah anda semak, ikuti langkah atau shortcuts bagi kegunaan gestures di touchpad:
Tap satu jari di touchpad – Pilih item (sama fungsi left-click di tetikus)
Tap dua jari di touchpad – Tunjuk lebih banyak arahan (sama fungsi right-click di tetikus)
Swipe ke atas atau ke bawah dengan dua jari – Tatal halaman ke atas atau ke bawah
Swipe ke atas dengan tiga jari – Tunjuk aktiviti baru dilakukan atau buka windows melalui windows timeline
Picit atau regangkan dua jari – Zum ke dalam atau zum keluar
Swipe ke bawah dengan tiga jari – Minimize windows untuk papar desktop
Swipe kiri atau kanan dengan tiga jari – Beralih windows yang dibuka (sama fungsi Alt+Tab)
Tap tiga jari pada touchpad – Buka Cortana atau search
Tap empat jari pada touchpad – Buka Action Center
Swipe kiri atau kanan dengan empat jari – Beralih kepada semua virtual desktop
Itu sahaja yang dapat dikongsikan kami pada kali ini. Selamat mencuba.