Selain perkhidmatan perbankan internet, e-pay merupakan sistem pembayaran dalam talian yang sering digunakan oleh pengguna di Malaysia. Dengan e-pay, pengguna boleh membuat pembelian bagi tambah nilai prabayar dan e-Wallet, tiket, langganan, pembayaran bil, serta sebagainya.
Terkini, laporan dari Bank Security di Twitter mendakwa 380,000 data pelanggan di Malaysia yang berkaitan sistem pembayaran e-pay telah dijual oleh threat actor atau dalang ancaman.
https://twitter.com/Bank_Security/status/1356680787203002374
Antara data yang dijual termasuklah nama pengguna, kata laluan, alamat e-mel, alamat penuh pengguna dan sebagainya.
Sebagai langkah keselamatan, pengguna sistem pembayaran e-pay disarankan untuk menukar nama pengguna dan kata laluan dengan segera bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Sumber: Bank Security