Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Apple TV+ tidak menjadi pilihan pengguna dalam industri penstriman video.
Oleh itu, Apple telah pun menghantar e-mel kepada semua penggunanya yang melanggan Apple TV+ yang menyatakan langganan percuma diberikan sehingga bulan Jun 2021.
Ini bermakna, sekiranya anda melanggan Apple One, RM19.90 akan dikreditkan kepada anda semula setiap bulan bagi memastikan anda terus menikmati Apple TV+.
Tambahan lagi, wang yang telah dikreditkan semula itu akan diberikan melalui Apple ID yang kemudiannya boleh digunakan di App Store untuk membeli permainan atau perkhidmatan Apple yang lain.