Sejak KWSP membuka permohonan i-Sinar tahun lalu, banyak pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan yang membabitkan i-Sinar seperti SMS palsu dan penyamaran pegawai KWSP.
Baru-baru ini, terdapat beberapa ahli KWSP menerima e-mel berkenaan bayaran lebihan cukai daripada pengeluaran i-Sinar.
Berikutan ini, KWSP menjelaskan bahawa semua pengeluaran simpanan KWSP tidak dikenakan cukai. Selain itu, e-mel tersebut juga merupakan phishing data peribadi ahli.
Oleh itu, sekiranya anda menerima e-mel sebegini, anda dinasihatkan untuk tidak klik pautan dan memasukkan maklumat peribadi sewenang-wenangnya.
Sebarang kemusykilan berkaitan i-Sinar, anda boleh layari i-Sinar Online atau media sosial rasmi KWSP untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
Sumber: KWSP