Hari ini Xiaomi melancarkan telefon pintar utama mereka, Xiaomi Mi 6 dalam satu upacara di Universiti Teknologi Beijing.
Xiaomi lagi sekali menggunakan kemasan keluli tahan karat dengan permukaanya cukup memukau mata yang memandang.
Xiaomi juga mengeluarkan versi metallic yang sangat unik seolah-olah melihat ke dalam cermin.
Xiaomi berkata permukaan Mi 6 dapat dicapai setelah melalui proses penggilapan selama 12 hari.
Rekaan belakang pula memperlihatkan kamera dual dengan 2X zoom optikal dan OIS.
Xiaomi Mi 6 datang dengan cip pemprosesan Qualcomm Snadragon 835 dengan RAM 6GB dan 64 GB ruang penyimpanan.
Ini juga mungkin merupakan telefon pintar pertama dari Xiaomi yang disertakan dengan dua speaker bagi menghasilkan audio stereo.
Mi 6 dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 3350 mAh dan antara kapasiti yang besar jika dibandingkan dengan telefon utama yang lain.
Jadi bagaimana? Dapatkah Xiaomi memenangi hati peminat baru dengan keluaran Mi 6 kali ini?