Pada Oktober lalu, WhatsApp dilaporkan dalam pembangunan untuk menyertakan ciri panggilan video dan audio melalui WhatsApp Web.
Kini, laporan dari WABetaInfo menyatakan ciri panggilan audio dan video versi beta mula dilepaskan kepada beberapa pengguna. Sejak beberapa hari lalu, beberapa pengguna mula menerima ciri baharu tersebut melalui WhatsApp Desktop.
Menerusi ciri ini, satu tetingkap (window) akan muncul dimana pengguna boleh menjawab atau mematikan panggilan videotersebut. Sementara itu, tetingkap yang lebih kecil akan muncul apabila pengguna membuat panggilan audio.
Untuk menggunakan ciri ini, telefon pintar perlu disambungkan kepada WhatsApp Web sama seperti sebelum ini.
Adakah anda juga telah menerima ciri panggilan video dan audio di WhatsApp Web? Tinggalkan komen anda.
Sumber: WABetaInfo