Baru-baru ini OPPO telah memperkenalkan OPPO X 2021 yang merupakan telefon dengan skrin boleh gulung. Ia adalah telefon pertama dengan mekanism seumpamanya.
Walaupun ia secara tidak langsung menjadi sebuah rekaan yang unik untuk jenama OPPO dan juga dalam industri, syarikat itu tidak merancang untuk menjualnya secara komersial lagi.
Menurut mereka, OPPO X 2021 buat masa ini berfungsi sebagai panduan untuk perubahan dan evolusi dalam produk-produk unik pada masa akan datang.
Sumber: Android Authority