Syarikat gergasi produk kecantikan Perancis, Sephora Singapura hari ini umum telah bekerjasama dengan perkhidmatan beli sekarang bayar kemudian, Atome.
Ia akan menawarkan pilihan pembayaran yang flesibel kepada pelanggan di laman web e-dagang, aplikasi mudah alih atau kedainya di Singapura.
Di Singapura, Sephora mempunyai 12 kedai fizikal, laman web e-dagang dan aplikasi telefon yang menawarkan pelbagai produk termasuk penjagaan kulit, wangian dan banyak lagi.
Pelanggan kini bukan hanya dapat pembayaran yang selamat, lancar dan mudah tetapi juga fleksibiliti dan pilihan dalam pembelian secara dalam talian atau di kedai.
Atome adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan beli sekarang, bayar kemudian dan telah bekerjasama dengan lebih 1500 syarikat.
Dalam erti kata lain, pelanggan boleh bahagikan pembelian mereka menjadi tiga pembayaran dari masa ke masa dengan tanpa faedah atau caj tersembunyi.
Perkhidmatan ini ditawarkan buat pelanggan di Singapura dahulu dan akan hadir buat pelanggan di Malaysia tidak lama lagi.
Selain itu, aplikasi Atome boleh dimuat turun melalui App Store dan juga Google Play.