Pada 12 November 2020 lalu, Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) memperingati kejayaan kapal angkasa Voyager 1 melintasi planet Zuhal 40 tahun lalu.
Sepanjang tempoh 4 bulan terawal selepas ia dilancarkan pada 5 September 1977, Voyager 1 telah menghantar sebanyak 19 ribu gambar, menemui 2 bulan baru Zuhal serta merakam lingkaran cincin halus yang melingkari planet Jupiter.
Voyager 1 dilengkapi dengan peralatan sofistikated termasuklah kamera bersudut lebar untuk merakam gambar planet, infra merahuntuk menyelidik komposisi atmosfera, magnometer untuk menganalisis medan magnet dan interaksi angin solar serta banyak lagi.
Sehingga kini, Voyager 1 masih terus berfungsi dan menghantar data-data kepada NASA pada jarak lebih daripada 14 bilion batu dari bumi atau bersamaan dengan 22,530,816,000KM.
Voyager 1 dijangka akan terus berkhidmat sehingga ia berjaya memasuki ruang angkasa interstellar sehingga tahun 2025 di mana ia tidak lagi mampu menjana tenaga kepada instrumennya lagi.
Untuk pengetahuan anda, Voyager 1 turut membawa 2 piring cakera emas yang mengandungi maklumat tentang planet bumi termasuklah rakaman muzik serta ucapan aluan dalam 55 jenis bahasa.
Malah NASA turut menyediakan panduan cara menggunakan cakera tersebut jika makhluk asing menemuinya.
Sumber: NASA