Pixel yang telah mengesahkan kehadiran generasi ke-2 Pixel ke pasaran pada tahun ini kini muncul lagi dengan perkhabaran baru.
Menurut satu sumber diperolehi oleh laman Android Police, nama kod bagi telefon generasi ke-2 Pixel telah disenaraikan dalam satu dokumen rasmi.
Nampaknya “nama ikan” masih digunakan dalam nama kod peranti terbaru Pixel itu.
- Walleye
- Muskie (belum disenaraikan secara rasmi)
Dua nama ikan diatas dipercayai nama kod yang diberikan kepada model Pixel yang masing-masing mungkin hadir dengan saiz yang berbeza. (Muskie mungkin bersaiz lebih besar)
Sebelum ini, Google telah memberi nama kod
- Sailfish (Pixel)
- Marlin (Pixel XL)
dan dengan perkembangan terbaru ini melihatkan syarikat itu memang gemar memberi nama kod peranti yang sedang dibangunkan dengan nama ikan.
Apa-apa pun masih banyak lagi perkara yang menjadi tanda tanya untuk pixel edisi terbaru ini. Sama-sama kita nantikan di Wiser.my
Sumber: Android Police