realme pada Julai lalu telah mengumumkan teknologi pengecasan 125W UltraDart secara rasmi. Dalam pengumuman tersebut, realme menyatakan pengecasan UltraDart ini boleh mengisi 33% bateri berkapasiti 4000mAh hanya dalam tempoh 3 minit.
Ia adalah dua kali ganda lebih pantas berbanding pengecasan 65W SuperDart yang diperkenalkan sebelum ini. Terbaru, CEO realme, Madhav Sheth telah berkongsi imej sebenar pengecas 125W UltraDart melalui Twitter.
Melalui imej tersebut, ia menunjukkan pengecas dengan plug dua pin yang biasa digunakan di Amerika dan China. Ia menyokong 100-240V, yang bermaksud adalah praktikal untuk digunakan di mana-mana negara serta mempunyai maksima pengecasan 125W.
⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️
⚡️ Now this is what we call #FAS7ER!⚡️
⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️— realme Europe (@realmeeurope) September 29, 2020
Dalam pada itu, Madhav melalui perkongsian tersebut turut memberi gambaran pengecasan itu mungkin akan diperkenalkan di Eropah terlebih dahulu.
Sumber: Madhav Sheth via GizmoChina