Setelah dilihat dalam ujian pada minggu lalu, Twitter kini secara rasmi telah memperkenalkan kiraan “Quotes Tweets” di paparan ciapan utama bagi memudahkan pengguna untuk melihat setiap ciapan semula berserta komen.
Sebelum ditukar kepada nama sedia ada, ciri tersebut dinamakan sebagai “Retweets with comments”. Dengan Quote Tweets baharu ini, ia hadir dengan kiraan yang diletakkan antara label “Retweets” dan “Likes” sedia ada.
Tweets about a Tweet add more to the conversation, so we’ve made them even easier to find.
Retweets with comments are now called Quote Tweets and they've joined the Tweet detail view. Tap into a Tweet, then tap "Quote Tweets" to see them all in one place. pic.twitter.com/kMqea6AC80
— Twitter Support (@TwitterSupport) August 31, 2020
Dengan Quote Tweets, hanya perlu tekan pada butang khusus yang disediakan untuk melihat semua ciapan semula berserta komen dalam satu tempat.
Terdahulu, Twitter telah dikemaskini dengan fungsi baharu yang membolehkan semua pengguna mengehadkan ciapan balas. Ia merupakan sebahagian dari usaha untuk memberikan pengguna lebih banyak kawalan bagi setiap perbualan yang dimulakan oleh mereka sendiri.