KEMASKINI: Isu gangguan perkhidmatan Celcom telah diselesaikan dan pulih sepenuhnya pada 3.30 petang. Pengguna yang terkesan diminta untuk menghidupkan semula (restart) peranti.
Celcom hari ini mengesahkan perkhidmatan telekomunikasi syarikat itu sedang mengalami gangguan bagi panggilan dan data. Perkara tersebut diumumkan melalui akaun rasmi Celcom di Twitter.
Customers in some areas nationwide may find their voice and data services experience affected. Our technical team is working hard to resolve this issue and services are expected to return to normal by 5.00pm today, 25 August 2020.
— Celcom (@Celcom) August 25, 2020
Menurut Celcom, masalah itu melibatkan beberapa kawasan di seluruh negara. Penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu turut menyatakan isu tersebut sedang dibaikpulih dan perkhidmatan tersebut dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5 petang ini.
https://twitter.com/DeeRahman08/status/1298157492266913792
Hope you can solve this problem ASAP cause I need settle my assigment and online class…don't empty huddle okay
— vers21 (@versbig21) August 25, 2020
Second time happened for this year. Affect a lot of people majorly using mobile data for work such as Grab rider like me!
Rebate for all customer at least 30%!— Hafiz Azmi 🇲🇾 (@notamusafir) August 25, 2020
Dalam pada itu, rata-rata pengguna melahirkan rasa kecewa dan menyatakan masalah tersebut telah berlaku lebih sejam yang lalu. Adakah kawasan anda juga mengalami masalah yang sama? Tinggalkan komen anda.