Permainan popular dan tular di PC dan PS4 sekarang ini Fall Guys: Ultimate Knockout dilaporkan akan hadir ke telefon pintar.
Penganalisis permainan popular Daniel Ahmad telah melaporkan bahawa sebuah syarikat dari China iaitu Bilibili telah mendapat kebenaran untuk membangunkan permainan itu di China.
Chinese games and entertainment company Bilibili has secured the rights to publish a mobile version of Fall Guys: Ultimate Knockout in China.
The game released for PC and PS4 on August 4, 2020 and has become a viral hit.#FallGuys https://t.co/BjElzemUGr pic.twitter.com/EBgYq3pck5
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) August 22, 2020
Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang boleh diperkatakan mengenai permainan ini untuk versi telefon pintar. Tarikh pengenalannya juga masih lagi menjadi misteri.
Untuk anda yang buntu, Fall Guys merupakan judul permainan yang sangat berjaya dengan menarik pemain sebanyak 1.5 juta hanya dalam masa 24 jam.
Secara ringkasnya, ia adalah seumpama Takeshi’s Castle di mana anda bersaing dalam perlawanan game ringkas bersama-sama 60 pemain lain.
Ia juga menawarkan karakter comel serta persekitaran berwarna-warni yang ceria menonjolkan sisi keseronokan bermain dengan rakan-rakan anda.
Sumber: Daniel Ahmed