Vivo merupakan salah satu jenama peranti pintar yang terkenal di Malaysia. Oleh itu, Vivo Malaysia akan melancarkan sesuatu yang menarik buat peminat-peminatnya pada bulan Ogos ini.
Dengan itu, Vivo akan lakukan kempen dua hari minggu berturut-turut iaitu pada 22 Ogos hingga 23 Ogos dan 29 hingga 30 Ogos. Kempen ini dinamakan Vivo’s Member Day dan dibuat khas kepada ahli vivo dan peminatnya.
Sepanjang kempen ini berlangsung, Vivo Malaysia akan menawarkan sanitasi telefon secara percuma dan naik taraf perisian telefon.
Selain itu, bagi peminat fotografi pula Vivo Malaysia juga menawakan bengkel fotografi selama 10 minit di semua cawangan Vivo seluruh negara untuk meningkatkan kemahiran fotografi.