Kepada anda yang inginkan extra security bagi fail – fail sulit yang tersimpan pada peranti android, berikut kami kongsikan alternatif yang boleh anda cuba.
Pertama sekali pasang aplikasi Files by Google daripada Playstore, kemudian taap pada tombol continue.
Berikan kebenaran sekiranya diminta.
Pada aplikasi tersebut skrol kebawah pada bahagian Collection kemudian tap pada menu Safe Folder.
Masukkan tetapan kata laluan.
Seterusnya masuk ke menu Gallery untuk memilih fail yang ingin anda simpan dalam Safe Folder.
Tap pada menu berikut setelah selesai memilih.
Pilih menu Move to safe folder.
Paparan kata laluan akan muncul, masukkan kod yang anda tetapkan sebentar tadi dan tap pada tombol Next.
Selesai, sekarang fail tersebut akan terseimpan dengan selamat pada Safe Folder.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.