Xiaomi di laman Twitter rasmi mereka telah mengumumkan bahawa peranti boleh pakai mereka iaitu Mi Smart Band 4 adalah peranti boleh pakai nombor satu di dunia.
Pengumuman itu dibuat berdasarkan kepada analisis data pasaran yang diperolehi daripada firma Canalys.
WOW! #MiSmartBand4 is the best-selling wearable band in the world! 🎉
Let Mi know if you are part of the Mi Smart Band family too! ❤️#SmartLivingForEveryone pic.twitter.com/2L3ZkSRIcX
— Xiaomi (@Xiaomi) July 9, 2020
Pencapaian itu berdasarkan data jualan antara suku ke-3 2019 dan suku pertama bagi tahun ini.
Walaupun terdapat pelbagai peranti boleh pakai dari jenama lain seperti Huawei Band 4, Honor Band 5 dan Fitbit Inspire HR, tetapi siri Mi Smart Band keluaran Xiaomi tetap menjadi pilihan utama pengguna kerana ciri menarik serta harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah dari pesaingnya.
Xiaomi telah pun melancarkan model terbaru Mi Smart Band iaitu Mi Smart Band 5 pada pertengahan Jun lalu.