Selepas 20 tahun, Chicken Run, sebuah filem animasi popular, akhirnya kembali dengan sebuah sekuel. Dengan kerjasama Netflix, pihak produksi Aardman Animation Studios menyatakan filem ini akan ditayangkan di Netflix dan akan memulakan produksi pada tahun 2021.
Twenty years since the release of Aardman’s first full length feature, Chicken Run, we’re excited to confirm the return of Ginger, Rocky and the rest of the coop, in partnership with @netflix.
Read more here: https://t.co/XN4VQp4VD4 pic.twitter.com/wBCpP20EVV
— Aardman Animations (@aardman) June 23, 2020
Chicken Run, dikeluarkan pada tahun 2000, berkisar tentang dua ekor ayam, Ginger dan Rocky, yang berusaha mencari jalan keluar dari ladang Tweedy untuk tidak dijadikan pai ayam.
Dua dekad sejak pengeluarannya, filem Chicken Run masih tetap menjadi filem animasi stop-motion paling laris sepanjang masa. Filem yang berlatarkan suara Julia Sawalha, Mel Gibson, Miranda Richardson, dan Lynn Ferguson ini telah berjaya mengutip $225 juta (~RM964 juta) dari tontonan seluruh dunia.
Pengasas dan pengarah kreatif Aardman, Peter Lord berkata sempena ulang tahun Chicken Run yang ke-20, mereka berjaya menemui jalan cerita yang paling menarik.
Dalam sekuel ini nanti, Ginger dan Rocky kini hidup bahagia di “tempat perlindungan pulau yang damai” bersama kawanan mereka. Namun apabila Molly, “anak perempuan” mereka lahir, mereka mendapat tahu ayam-ayam di tempat asal mereka ditimpa masalah lagi.
Sumber: CNET