Hari ini AMD telah mengumumkan penambahan model CPU baharu dalam keluarga Ryzen Gen 3 iaitu Ryzen 9 3900XT, Ryzen 7 3800XT, dan Ryzen 5 3600XT. Siri XT ini merupakan siri yang baru diperkenalkan memfokuskan kepada golongan yang mahukan prestasi semaksimum mungkin.
3 CPU ini hadir dengan kelajuan maksimum CPU yang tinggi berbanding model yang lain untuk menawarkan pengalaman teras tunggal yang lebih pantas. Ia juga masih menggunakan senibina Zen 2 dan dihasilkan dari 7nm proses seperti siri Ryzen 3000 yang lain.
Ini merupakan spesifikasi mereka:
AMD Ryzen 9 3900XT
- 24 teras / 24 bebenang
- 3.8GHz kelajuan mula / 4.7GHz kelajuan maksimum
- 70MB cache
- 105W TDP
- Soket AM4
- Harga jualan: $499 (~RM2,135)
AMD Ryzen 7 3800XT
- 8 teras / 16 bebenang
- 3.9GHz kelajuan mula / 4.7GHz kelajuan maksimum
- 36MB cache
- 105W TDP
- Soket AM4
- Harga jualan: $399 (~RM1,707)
AMD Ryzen 5 3600XT
- 6 teras / 12 bebenang
- 3.8GHz kelajuan mula / 4.5GHz kelajuan maksimum
- 35MB cache
- 95W TDP
- Soket AM4
- Harga jualan: $249 (~RM1,065)
Untuk prestasi yang lebih optimum, AMD menyarankan penggunaan penyejuk CPU AIO dengan minimum radiator 280mm ataupun kipas penyejuk udara yang setaraf.
Di dalam kotak, hanya Ryzen 5 3600XT yang akan disertakan dengan penyejuk AMD Wraith Spire, manakala 3800XT dan 3900XT tidak akan disertakan apa-apa penyejuk. Ini adalah disebabkan AMD lebih menggalakkan penggunaan penyejuk pihakĀ ketiga yang kebiasaannya lebih efektif untuk penyejukan.
Untuk tarikh jualan, ketiga-tiga cip ini akan dijual di seluruh dunia mulai awal bulan Julai 2020 nanti.
Beli produk AMD di –
Lazada: https://invol.co/clp6ui
Shopee: https://invol.co/clp6ul