Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengumumkan perkhidmatan e-hailing dan teksi telah dibenarkan beroperasi tanpa had masa dan membawa penumpang mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan yang digunakan.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut diputuskan setelah mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).
e-Hailing dan teksi boleh beroperasi tanpa had masa dengan kapasiti penumpang mengikut tempat duduk kenderaan digunakan – DS Ismail Sabri
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) June 11, 2020
Dalam mesyuarat khas itu, MOT telah membentangkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang merangkumi beberapa kebenaran dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan dengan pengangkutan awam.
Bagi memudahkan pengesanan kontak rapat, setiap penumpang e-hailing perlu memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera. Selain itu, setiap pembayaran juga perlu dilakukan secara tanpa tunai dan setiap penumpang diwajibkan memakai pelitup muka.
Terdahulu, MKN telah mengehadkan penumpang perkhidmatan e-hailingĀ dengan hanya dua orang bagi setiap kenderaan.