Kepada anda yang memerlukan beberapa fail untuk di compress kan sebagai fail Zip pada iPhone, berikut kami kongsikan caranya.
Pertama sekali masik ke menu files ataupun gallery dan tap pada menu Select
Buat pilihan fail yang anda ingin compress kan
Seterusnya tap pada ikon Share
Pilih menu Save to Files
Simpan pada Folder yang anda inginkan.
Masuk Folder tersebut dan pilih semua fail didalamnya.
Kemudian pilih menu 3 titik berikut
Pada paparan berikut, pilih menu Compress.
Anda boleh namakan folder zip tersebut.
Akhir sekali tap pada menu Done, selesai.
Manakala untuk melakukan Unzip pula agak mudah, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan kaedah tekan dan tahan pada folder zip tersebut untuk seketika.
Apabila muncul paparan berikut, pilih sahaja menu Uncompress, selesai.
Sekarang semua fail dalam folder zip tersebut, akan dikeluarkan.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.