Bagi pengguna telefon pintar iOS, anda pasti tertanya-tanya bagaimana untuk memaparkan watermark pada imej bagi peranti tersebut. Kini pada aplikasi Shortcut yang terdapat pada iPhone, anda boleh memaparkan watermark pada imej anda.
Berikut adalah tatacara untuk memaparkan watermark bagi telefon pintar iPhone :
- Sila layari iOS Shortcut Watermark.
2. Klik pada butang Get Started dan scroll ke bawah sehingga jumpa Add Untrusted Shortcut.
3. Klik butang Add Untrusted Shortcut.
4. Klik pada kotak yang bertulis Watermark.
5. Anda boleh memilih sama ada mahu mengambil gambar secara langsung atau menggunakan gambar dari Gallery.
6. Klik pada butang iPhone’s Logo.
7. Klik pada jenis telefon pintar yang anda gunakan.
8. Anda boleh memilih sama ada mahu warna hitam atau putih pada watermark anda.
9. Klik pada Position.
10. Pilih pada Bottom Left atau yang lain mengikut kesesuaian gambar.
Kini, pengguna peranti iOS juga dapat memaparkan watermark pada imej seperti pengguna Android yang lain.