Khusus untuk anda yang menggunakan Edge Chromium sebagai pelayar Utama, berikut kami kongsikan cara untuk mnegaktifkan fungsi mod gelap bagi paparan pelayar tersebut.
Pertama sekali masuk ke menu Setting pelayar
Kemudian klik pada menu Appearance
Klik pada menu pilihan disebelah Theme. Pilih Dark untuk menukarkannya kepada paparan gelap.
Selesai, maka dengan itu paparan Edge anda akan berubah seperti dibawah.
Sekiranya anda menggunakan pelayar Edge jenis biasa, tetapannya adalah lebih mudah iaitu dengan memilih menu Dark pada paparan General.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.