Juga spesifikasi lain tentang telefon pintar terbaru ini.
Tarikh pelancaran bagi model terbaru Poco X2 sudah pun diketahui umum iaitu akan berlangsung pada 4 Februari 2020 nanti.
Walaubagaimanapun sebelum pelancaran rasminya, imej yang dikatakan Poco X2 sudah terdedah lebih awal di laman maya.
Daripada imej yang didedahkan itu, peminat tegar telefon pintar pastinya mengenali rekaan tersebut kerana ia amat menyerupai model Redmi K30.
Sebelum ini, beberapa spesifikasi lain Poco X2 telah pun didedahkan seperti kapasti memori RAM sehingga 8GB, paparan dengan kadar segar sehingga 120Hz dan mungkin dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 765G.
Malah Poco X2 juga dikhabarkan akan dilengkapi dengan kamera resolusi tinggi 64 MP dengan sensor Sony IMX686 yang sama sepertimana model Redmi K30.
Selain itu menurut laman GSMArena, Poco X2 juga disahkan akan menyokong ciri pengecasan pantas 27W.
Sumber: HT