Peminat OPPO di Malaysia kini boleh mula mendapatkan OPPO A5 2020 di pasaran yang kali ini datang dalam versi RAM 4GB bersama ruang simpanan 128GB bermula sejak 4 November.
Dijual pada tanda harga RM899, A5 2020 ini dibarisi dengan 4 lensa, 12MP lensa utama + 8MP ultra lebar + 2MP potret + 2MP monokrom serta memuatkan bateri berkapasiti 5000mAh yang mampu bertahan sehingga 19 jam penggunaan.
OPPO A5 2020 hadir dalam pilihan warna Dazzling White dan Mirror Black dengan 82.5% nisbah skrin bersama ciri-ciri lain yang mengagumkan. Boleh dapatkan di semua kedai konsep rasmi, atau dalam talian di laman web rasmi OPPO, serta kedai kongsi e-dagang seperti Lazada atau Shopee.
Diperkenalkan pada pertengahan September yang lalu, sebelum ini OPPO A5 2020 hanya ditawarkan dengan satu konfigurasi memori sahaja iaitu RAM 3GB/64GB, dijual pada harga RM699.